Lawak Solo (2016) Astro Warna & Mustika HD


Lawak Solo mencari peserta yang mempunyai kebolehan menyampaikan lawak yang bernas dalam masa yang sama penuh dengan unsur komedi.

Tayangan: Astro Warna & Astro Mustika HD
Siaran : Mulai 21 Oktober 2016 (Setiap Jumaat 10 malam)
Jumlah Episod: 8
Status: Terkini - Episod 7


Tonton
Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8

Download
Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8

Info Rancangan
Lawak Solo merupakan sebuah program realiti komedi mencari pelapis untuk memeriahkan lagi dunia komedi solo yang kini dilihat semakin mendapat perhatian di kalangan peminat komedi tanah air.Program ini dihoskan oleh Johan, manakala Fad Bocey juga turut memeriahkan Lawak Solo ini selaku hos dibelakang tabir bersama dua lagi pelawak baru laman sosial iaitu Jamal dan Zukiee.10 orang peserta Lawak Solo bakal diadili dua juri tetap, Datuk AC Mizal bersama Saiful Apek dan seorang juri jemputan setiap minggu.

Menggunakan khidmat penjurian professional sebanyak 70 % dan juga undian penonton sebanyak 30 %, peserta dengan jumlah markah terendah setiap minggu akan disingkirkan.

Kesemua peserta lawak Solo akan mendapat bimbingan tiga ikon komedi yang sudah tidak asing lagi iaitu Nabil Ahmad, Douglas Lim dan Ebby Yus. Ketiga-tiga tenaga pengajar ini akan juga turun padang menjadi juri ujibakat dan mengenal pasti siapa yang berpotensi diketengahkan menjadi pelawak terunggul tanahair yang seterusnya.

Juara Lawak Solo akan menerima wang tunai sebanyak RM 80,000.00 berserta trofi. Naib juara dan tempat ketiga pula akan membawa pulang RM 40,000.00 dan RM 20,000.00 berserta trofi. Pemenang tempat keempat juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila wang tunai RM 10,000.00 turut menanti.
Back To Top