Dia Semanis Honey (2016) Astro Ria & Astro Ria HD


Drama terbaharu adaptasi novel 'Dia Semanis Honey' karya Dila Dyna akan disiarkan di Astro Ria. Mengandingkan pelakon Aliff Satar dan Siti Nordiana.Drama ini diarahkan oleh Michael Ang.

Tayangan: Astro Ria & Ria HD
Siaran : Mulai 2 Mei 2016 (Isnin - Khamis 10.00 malam)
Jumlah Episod: 16
Status: Tamat


Tonton
Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16

Download
Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16

Sinopsis Drama Dia Semanis Honey
Mengisahkan tentang sebuah pertunangan yang tidak dipersetujui oleh Hani lakonan Siti Nordiana dan Ahnaf lakonan Alif Satar. Ahnaf menerima ditunangkan dengan Hani hanya kerana mentaati permintaan ibu bapanya. Berpunca dari itu, banyak berlaku pertengkaran.

Namun dari pertengkaran itu pula hadirnya perasaan cinta antara Ahnaf dan Hani. Ketika Ahnaf bersedia untuk menjadi suami pada Hani, wujud pula satu konflik.Kehadiran seorang wanita bernama Ariana menjadi dalang kehancuran impian Ahnaf untuk memulakan kehidupan berumahtangga dengan Hani. Ahnaf membuat keputusan meninggalkan Hani.

Tiga tahun kemudian, Ahnaf muncul semula setelah sekian lama menyepi. Namun seperti ada satu dinding pemisah antara dia dan Hani. Ahnaf ada Bella manakala Hani pula ada Adam (Hairul Azreen).Mereka hanya dapat menjadi sahabat tetapi dalam hati masing-masing masih memendam rasa cinta.

Adakah pertemuan semula itu akan membawa kepada penyatuan dua hati yang lama terpisah ataupun kerana masing-masing sudah memiliki pasangan yang baru, pertemuan itu akan membawa kepada perpisahan untuk kali yang kedua. Apakah pengakhiran kepada kisah Ahnaf dan Hani? Mampukah keduanya mencipta bahagia bersama atau kekal menjadi sahabat untuk selamanya?
Back To Top