Pujaan Hati Umi (2016) Slot Azalea TV9


Drama terbaru untuk slot Azalea bertajuk Pujaan Hati Umi mengisahkan tentang keharmonian keluarga yang retak kerana kehadiran ahli keluarga baru.Drama bersiri 20 episod ini diarahkan oleh M Nazir Juhaini terbitan SRS Production.

Tayangan: TV9
Siaran : Mulai 14 April 2016 (Selasa - Ahad, 8.30 malam)
Jumlah Episod: 20
Status: Tamat

Tonton
Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20

Download
Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20

Sinopsis Drama Pujaan Hati Umi
Mengisahkan Umi (Wan Maimunah) seorang ibu tunggal yang cekal membesarkan anak-anaknya Razziah (Wan Nor Azlin), Razman (Zain Hamid), Razzi (Syafiq Sahli), dan Reza (Talha Harith). Pada usia 60 tahun, Umi telah mencapai kemanisan hidup bersama keluarganya, malah disegani masyarakat kampung.

Umi juga menerima anugerah Ikon Wanita Warga Emas. Bagi Umi hidupnya lengkap dengan kehadiran menantunya Osman (Haeryanto Hasan) iaitu suami Raziah dan Safiya (Sasqiah Dahuri) isteri Razzi dan dua orang cucunya Emir (Darren Zariff) dan Ezra (Syasya Afiqah).

Namun siapa menyangka panas yang diharap hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Keluarga Umi diduga lagi. Osman meninggal ditimpa kemalangan membuatkan Razziah kini terpaksa memulakan hidup baharu dan tinggal bersama Umi.

Dalam masa yang sama Razman tiada bersama keluarga mereka untuk berkongsi kedukaan. Razman sebelum ini mengambil keputusan meninggalkan keluarga kerana malu kepada Umi apabila dia terpaksa meninggalkan acara pernikahannya di saat akhir.

Umi cuba menyorokkan kesedihan dan berharap emosi keluarganya pulih. Anak bongsu kesayangannya, Reza menyampaikan berita bahawa dia ingin berkahwin dengan Rita (Faye Kusairi).

Umi menyambut berita baik itu dan berharap Rita bakal menjadi sinar baharu kepada keluarganya. Namun bagaikan membela seekor ular, Rita punya agendanya tersendiri.
Back To Top