Gajet Mak Dah (2016) Skrin Di 9



PILIH SALAH SATU SERVER DI BAWAH INI JIKA ANDA TAK LEH NAK TENGOK VIDEO KAT ATAS
SERVER 1 | SERVER 2

Sinopsis: Mak Dah iaitu nenek kepada Tutti yang baru memiliki telefon pintar, terlalu taksub dan aktif dengan media sosial. Begitu juga halnya dengan Pak Mail iaitu datuk kepada Manisah. Kedua-dua datuk dan nenek tersebut ditemukan oleh cucu-cucu mereka melalui penyamaran dalam laman sosial dan berjumpa di sebuah restoran. Ajib iaitu bapa kepada Tutti juga hampir berlaku curang terhadap ibunya, Suhaila. Suhaila sering mengabaikan suaminya kerana sibuk dengan kerja dan laman media sosial. Tutti yang selama ini menyamar sebagai Angelina telah menggoda bapanya dan mengajak untuk berjumpa di taman bunga. Akan tetapi, Ajib terkejut apabila Suhaila muncul dan bukannya Angelina. Bagaimanapun, Suhaila berasa bersalah kerana selama ini mengabaikan suaminya kerana sibuk bekerja sehingga suaminya cuba mencari kekasih lain. Di akhir babak, memaparkan kedua-dua datuk dan nenek mereka telah berkahwin dan mereka hidup bahagia dengan keluarga yang lebih besar.

Pelakon: Dian P. Ramlee, Mia Ahmad, Ammar Asyraf, Izzya Reen & Rahim Razali
Back To Top