Demi Cinta Ain (2016) Slot Samarinda TV3


Drama terbaru arahan Raja Ahmad Alauddin bertajuk Demi Cinta Ain yang akan disiarkan menerusi slot Samarinda TV3. Dibintangi oleh Risteena Munim, Aiman Hakim, Zahirah Macwilson dan ramai lagi.

Tayangan: TV3
Siaran : Mulai 19 April 2016 (Isnin - Rabu, 10 malam)
Jumlah Episod: 15
Status: Tamat

Tonton
Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15

Download
Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15

Sinopsis Drama Demi Cinta Ain
Mengisahkan perkahwinan Alif, watak yang dipegang oleh Aiman Hakim Ridza, dengan Sakinah (Nazeera Sardi) diuji apabila Sakinah disahkan menghidap kanser. Mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Hakim (Fazli Daniel Ali) dan Hanis (Qistina Raisah).

Alif semakin tertekan apabila perlu menanggung kos pembiayaan perubatan Sakinah yang tinggi sehinggakan mereka terpaksa menumpang di rumah ibu tiri Sakinah, iaitu Suraya (Jasmin Hamid) yang menjalankan perniagaan restoran terapung.

Suraya tidak suka dengan kehadiran Alif sekeluarga menumpang di rumahnya dan seringkali melepaskan kemarahannya pada Hakim dan Hanis apabila dia merasa terbeban kerana perlu menanggung perbelanjaan harian mereka.

Dalam masa yang sama, Ain Maisara (Risteena), adik Sakinah kurang senang dengan Alif. Sikap panas baran Alif yang dilihat sering sahaja memarahi Sakinah walaupun Sakinah dalam keadaan lemah membuatkan Ain bertambah benci kepada Alif.

Ain juga berasa tertekan apabila dia dipaksa oleh Suraya untuk bekerja di restorannya sebagai daya penarik supaya lebih ramai pelanggan datang ke restoran mereka.

Dalam kebuntuan memikirkan kesempitan hidup, ketika minum di sebuah warung, Alif terpandang seorang pelanggan wanita tertinggal beg tangannya. Alif hilang pertimbangan, dia mengambil beg tangan tersebut dengan menyembunyikan di sebalik jaket yang dipakainya.

Pada mulanya, Alif serba salah untuk mengambil duit di dalam beg tangan tersebut tetapi mengenangkan ungkitan Suraya yang sering merungut kerana terpaksa menanggung Alif sekeluarga, akhirnya Alif mengambilnya.

Perbuatan Alif itu akhirnya membawa padah apabila dia tertangkap dan dipenjarakan. Tanpa Suraya dan Ain sedar, Alif sebenarnya telah banyak berkorban demi menjaga dan membiayai kos rawatan Sakinah.

Alif telah menjual lorinya kepada Ashraf (Zizan Nin) untuk mendapatkan duit, kemudian terpaksa pula bekerja dengan Ashraf untuk meneruskan hidupnya. Semua kesusahan itu dirahsiakan oleh Alif, cuma Mawar (Zahirah Macwilson), rakan baik Sakinah, yang tahu semua pengorbanan Alif.

Apabila mengetahui kebenaran itu, terdetik perasan cinta di hati Ain terhadap Alif namun terhalang oleh perancangan Suraya yang mahukan Ain berkahwin dengan Ashraf yang kaya itu. Ain juga buntu memikirkan akan perihal Adam (Nazrief Nazri) yang turut menyimpan perasaan terhadapnya.

Ikuti kesudahan perjalanan Alif dan juga dilema cinta antara Ain, Alif, Adam dan Mawar dalam ‘Demi Cinta Ain’ yang diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin dibawah terbitan rumah produksi Zamriez Golden Pictures.
Back To Top