Bodyguard (2016) Slot Aksi TV3


Cuba lari daripada kebiasaan karya terbitannya sebelum ini, penerbit, Datuk A Aida menerusi syarikat A Aida Production mempertaruhkan naskhah bergenre aksi berjudul Bodyguard.

Tayangan: TV3
Siaran : Mulai 2 Mac 2016 (Isnin - Rabu 10 malam)
Jumlah Episod: 20
Status: Tamat


Tonton
Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20

Download
Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20

Sinopsis Drama Bodyguard
Bodyguard mengisahkan lima orang jejaka Faris (Fattah Amin), Rayyan (Azrel Ismail), Daniel (Idris Khan) Rahul (Lan Siro) dan Basri (Sabhi Saddi) yang bekerja sebagai pengawal peribadi di sebuah agensi milik Nasha (Farahdhiya). Di dalam setiap episod, pelbagai cabaran terpaksa dihadapi oleh setiap bodyguard.

Setiap seorang daripada mereka mempunyai kemahiran yang berbeza-beza. Faris ialah seorang pakar penembak. Azrel Ismail sebagai pakar taktik peperangan. Rahul dan Basri pula pakar dalam kombat dan medik. Manakala Daniel pakar perunding dan dalam bidang teknologi. Setiap watak akan diperkembangkan sepanjang 20 episod drama ini bersiaran.

Namun dalam melaksanakan tugas dan misi yang berisiko, lima orang pengawal ini bukan sahaja bakal bergelut dengan risiko profesion mereka tetapi juga konflik kehidupan peribadi mereka tersendiri. Malah soal cinta juga turut menjadi sebahagian daripada kisah ini apabila Nasha terperangkap dengan cinta segitiga bersama Faris dan Rayyan.

Selain lima watak utama, para penonton juga akan melihat kemunculan beberapa pelakon lain dan penampilan khas seperti Datuk Hattan, Adibah Yunus, Hafizul Kamal dan ramai lagi.
Back To Top