Uda & Dara (2016) Astro Prima & Astro Maya HD


Drama terbaru adaptasi novel 'Uda & Dara' karya Aisya Sofea bakal menemui penonton mulai 24 Februari 2016. Dibintangi oleh Zul Ariffin & Siti Saleha sebagai teraju utama.

Tayangan: Astro Prima & Astro Maya HD
Siaran : Mulai 24 Februari 2016, Isnin-Jumaat 6.00 petang
Jumlah Episod: 30
Status: Tamat


Tonton
Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20
Episod 21 Episod 22 Episod 23 Episod 24 Episod 25
Episod 26 Episod 27 Episod 28 Episod 29 Episod 30

Download
Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20
Episod 21 Episod 22 Episod 23 Episod 24 Episod 25
Episod 26 Episod 27 Episod 28 Episod 29 Episod 30

Sinopsis Drama Uda dan Dara
Kasih sayang yang terbina antara Siti Mariam dan Izzat Hilman musnah sekelip mata angkara perselisihan faham dan kehendak keluarga Izzat Hilman. Ibu Izzat Hilman, Mak Cik Zainab mahukan Izzat Hilman dijodohkan dengan anak saudaranya, Khalidah. Siti Mariam kecewa. Di tambah dengan penghinaan dari orang yang paling disayanginya, Izzat Hilman.

Walaupun itu cinta zaman kanak-kanak, Siti Mariam membawa sengsaranya hingga ke dewasa. Dirinya membenci lelaki yang bernama Izzat Hilman.

Sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.

Izzat Hilman mahukan hubungan mereka kembali terjalin tetapi tidak pada Siti Mariam. Kenangan silam masih membayangi setiap langkahnya. Dia sedar, dahulunya dia adalah seorang gadis gemuk yang tidak cantik yang menjadi bahan ejekan lelaki itu. Tetapi kini apabila dia sudah menjadi seorang gadis yang cantik, yang langsing, lelaki itu mulai mendekatinya dan memuji-muji dirinya.

Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar.

Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.
Back To Top