Reza, Arman Dan Bill (2016) Cerekarama TV3



PILIH SALAH SATU SERVER DI BAWAH INI JIKA ANDA TAK LEH NAK TENGOK VIDEO KAT ATAS
SERVER 1 | SERVER 2

Sinopsis: Reza, Arman Dan Bill berkisar mengenai seorang pemuda, Reza yang terlalu mencintai dunia bola sepak. Hari-harinya tidak akan pernah lengkap jika tidak membincangkan mengenai dunia bola sepak. Dia juga seorang pemain amatur yang hebat terutamanya futsal.

Namun setelah dia dicederakan oleh musuhnya iaitu Arman, dia tidak mampu untuk bermain bola sepak lagi. Perasaannya untuk terus bermain bola juga lenyap, lebih-lebih lagi sering kali diganggu oleh Arman dan kawan-kawannya yang mengatakan dia seorang kaki bangku.

Pada suatu hari, Reza dibuli dengan teruk sehingga seorang pemain bola sepak yang menyedari insiden itu datang menyelamatkannya lalu menghadiahkan sepasang kasut bola buat Reza. Kasut itu dikatakan mampu membantu Reza bermain kembali. Dengan syarat, kasut itu harus dijaga dengan baik dan tidak boleh hilang kerana ia akan menentukan nasib Reza.

Pelakon: Syafie Naswip, Aedy Ashraf, Fimie Don, Mawar Rashid, Kamarul Hj Yusuff, Ku Fridah dan ramai lagi.
Back To Top