Hilangnya Kasih (2016) Skrin Di 9



PILIH SALAH SATU SERVER DI BAWAH INI JIKA ANDA TAK LEH NAK TENGOK VIDEO KAT ATAS
SERVER 1 | SERVER 2

Sinopsis: Qaisara dan Fuad adalah pasangan suami isteri yang telah bercinta sejak di kolej lagi. Qaisara masih mempunyai kedua orang tuanya iaitu Pak Latif dan Mak Mah manakala Fuad adalah anak yatim.

Kebahagian rumah tangga mereka direntap apabila suatu malam rumah mereka dimasuki pencuri. Berlaku pergelutan yang menyebabkan Fuad dipukul di kepala dan kakinya ditetak batang besi. Fuad berjaya diselamatkan namun dia disahkan menghidap penyakit skizofrenia iaitu sakit mental. Dia dijaga oleh Qaisara dengan penuh kesabaran.

Sebulan berlalu, Qaisara kembali bekerja dan Fuad dijaga oleh Pak Latif dan Mak Mah. Disebabkan keadaan Fuad yang di luar kawalan, dia dikurung. Sehingga suatu hari, Fuad hilang pertimbangan dan telah tertikam Mak Mah.

Qaisara reda dengan dugaan berat yang menimpanya. Akhirnya, Qaisara memohon fasakh walaupun perasaan sayang kepada Fuad tidak pernah pudar.

Pelakon: Janna Nick, Fezrul Khan, Normah Damanhuri, Hilal Azman
Back To Top