Melur vs Rajawali (2015)



PILIH SALAH SATU SERVER DI BAWAH INI JIKA ANDA TAK LEH NAK TENGOK VIDEO KAT ATAS
SERVER 1 | SERVER 2 

Sinopsis: Melur vs Rajawali mengisahkan Azlan, seorang pelajar yang sering bertukar sekolah dan berpindah-randah kerana mengikuti ayahnya yang bekerja sebagai seorang Diplomat di luar negara.

Namun Azlan yang kini berusia 16 tahun kembali bersekolah di Malaysia dan dimasukkan ke tingkatan empat di sekolah berasrama penuh Maktab Sains Nasional.

Dia tinggal di asrama Rajawali iaitu asrama lelaki yang paling ‘glamor’ sekali. Semua pelajar-pelajar lelaki popular tinggal di situ manakala di seberang asrama Rajawali ialah asrama Melur iaitu asrama perempuan yang paling 'glamour' kerana tujuh dari sepuluh yang tersenarai sebagai pelajar perempuan paling cantik sekolah tinggal di situ.

Kali pertama Azlan sampai dia agak berminat untuk mengetahui dan mengenali semua pelajar-pelajar perempuan yang tersenarai. Dia mengambil hampir dua minggu untuk mengenali kesemuanya kerana nasibnya yang tidak begitu baik apabila sangat sukar baginya bertemu dengan pelajar yang di tangga pertama iaitu Hanna.

Berjayakah Azlan mengenali Hanna? Apakah yang akan terjadi seterusnya kepada mereka? Jangan lupa untuk menyaksikan telefilem ini.

Pelakon: Shafie Naswip, Sharifah Amani, Amirul Affendi & Eric Fuzi
Back To Top