Cik Cinderella Dan Encik Tengku (2015) Slot Lestary TV3


Sebuah adaptasi novel, drama Cik Cinderella dan Encik Tengku bakal menemui penonton di slot Lestary TV3.Mengandingkan pelakon Shukri Yahaya dan Zahirah Macwilson sebagai hero dan heroin, drama ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini.

Tayangan: TV3
Siaran : Mulai 16 Disember 2015 (Setiap Rabu & Khamis 9 malam)
Jumlah Episod: 13
Status: Tamat

Tonton
Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13

Download
Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13

Pelakon Drama Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Shukri Yahaya sebagai Daniel
Zahirah Macwilson sebagai Puteri
Shah Iskandar sebagai Ashraf
Puteri Aishah sebagai Sha
Dato’ Eizlan Yusof sebagai En Megat
Aleeza Shadan sebagai Pn Noraini
Aida Khaleeda sebagai Umi
Sherry Al Hadad sebagai Kak Tim
Zulin Aziz sebagai Jee

Sinopsis Drama Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Drama Cik Cinderella dan Encik Tengku mengisahkan tentang seorang gadis bernama Puteri Nuraisha yang tinggal bersama ayah kandung, ibu tiri dan kakak tiri.  Puteri Nuraisha sering dipinggirkan oleh ayahnya yang seolah melebihkan kakak tirinya bernama Sha.

Dalam masa yang sama, Puteri Nuraisha mempunyai seorang teman lelaki yang bernama Ashraf. Ashraf kerapkali meminjam wang dari Puteri Nuraisha tetapi tidak pernah hendak membayarnya semula. Semakin hari Puteri Nuraisha rasa semakin bosan dengan sikap lelaki itu.

Hendak dijadikan cerita, suatu hari Puteri Nuraisha bertemu dengan Daniel. Sikap dan raut wajah Daniel, membuatkan Puteri Nuraisha mula terpikat kepadanya. Namun dia berdepan dilema, kerana menurut amanat arwah ibunya, dia perlu berkahwin dengan Ashraf.

Tanpa diketahui oleh Puteri Nuraisha, kakak tirinya Sha turut menjalinkan hubungan sulit dengan Ashraf. Sha sangat cemburu dengan Puteri Nuraisha dan sering memantau segala gerak langkahnya. Suatu hari ketika segala persiapan perkahwinan telah dibuat, terbongkarlah rahsia antara Sha dan Ashraf dalam satu kejadian yang sangat mengaibkan.

Sanggupkan Puteri Nuraisha meneruskan perkahwinan itu demi memenuhi amanat arwah ibunya? Atau dia akan memilih Daniel, lelaki yang sentiasa bersamanya di saat suka dan duka. Apa pula akan terjadi kepada Sha yang telah menjatuhkan maruahnya sendiri hanya kerana seorang lelaki?

Back To Top