Bukan Isteri Sempurna (2015) Slot Samarinda TV3


Sebuah lagi drama adaptasi novel bertajuk Bukan Isteri Sempurna karya Tulip Ungu akan ditayangkan untuk slot Samarinda TV3. Diarahkan oleh Azmi Hatta terbitan A.Aida Production. Pelakon utama gandingan Dazrin Kamaruddin dan Atikah Suhaime. Saksikan drama ini bermula 3 September, bersiaran setiap Selasa hingga Khamis jam 10 malam di TV3.

Tayangan: TV3
Siaran : Mulai 3 September 2015, Setiap Selasa (10 malam)
Jumlah Episod: 13
Status: Tamat



Tonton
Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13

Download
Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13

WATAK PELAKON
Atikah Suhaime sebagai Nina
Dazrin Kamaruddin sebagai Danish Arham
Mimi Ernida sebagai Azura
Aleza Shadan sebagai Datin Rogayah

SINOPSIS DRAMA BUKAN ISTERI SEMPURNA
Nina telah diperkosa oleh Danish Arham, kembar kepada Daniel Arman. Apabila Danish Arham melarikan diri, Daniel Arman terpaksa menggantikan tempat abang kembarnya dengan mengahwini Nina. Datuk Zainuddin yang bersangka buruk dengan Nina telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Nina sehingga Nina melarikan diri.

Lima tahun berlalu. Nina bertemu semula dengan Daniel Arman apabila syarikat tempat dia bekerja bergabung dengan syarikat Daniel Arman dan dia tidak dapat mengelak apabila jawatannya bertukar daripada menjadi setiausaha Zachary kepada PA Daniel Arman.

Namun begitu, Daniel Arman tidak pernah membenci Nina. Nina pula tidak pernah mengharapkan cinta Daniel Arman kerana dia sedar hakikat dirinya yang tidak sesempurna wanita lain. Tambahan pula Azzura sering bersama dengan Daniel Arman. Dan Zachary, rakan kongsi Daniel Arman yang tidak putus-putus mengharapkan cinta Nina.

Ketenteraman hidup Nina berkocak apabila Danish Arham kembali dan inginkan Nina sebagai haknya. Danish Arham melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan Nina kembali namun bagi Daniel Arman, Nina telah menjadi isterinya dan dia bertanggungjawab ke atas wanita itu walaupun tidak pernah wujud hubungan suami isteri yang sebenar antara mereka.
Back To Top